Followers

Showing posts with label (Islamic). Show all posts
Showing posts with label (Islamic). Show all posts

Jan 16, 2014

Reminder

Alhamdulillah....

Syukran ya Allah....

Jan 14, 2014

Alhamdulillah

All I want is the blessing...
Alhamdullilah...

Sabar itu adalah satu kemanisan.
Walaupun aku tidak sempurna.

Nov 17, 2012

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee feat. Hafiz Hamidun





Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah taubatku ini..


Nov 14, 2012

Awal Muharam


Source --> ILuvIslam


Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkanlah daku dgn orang2 yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :
1. Berpuasa.
Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid;
dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa', maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

AMALAN SUNAT PADA 10 MUHARRAM

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?" Sabdanya :
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
-
" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.
Wallahua'lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Feb 15, 2011

Rasulullah

~SALAM MAULIDUR RASUL~

Pagi ni, lepas kerjakn Subuh, instead of going to bed again, i stay awake. Searching for this lyrics just to post it out on my blog. Excited sgt rasa, huih! dulu xde la mcm ni. Itu dulu, we must aim for the best!


Ya Rasulullah - Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

Rasulullah - Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

P/S-->15 FEBRUARI 2011 : Maulidur Rasul [ Hari Kekasih kita]
moh la kita sm2 b'selawat k'atasnya..


Feb 11, 2011

Taubat Nasuha : BerTaubatLah Sebelum TerLambat


Bila bangun pagi kerjakan Subuh dan sempat recite Al-Quran seSurah. Terasa berat dosa yg dipikul sejak masa lalu. Tetiba ada rasa ingin tahu tentang Taubat Nasuha. Betapa xtau nye aku dan betapa banyak lagi yg aku xtau. Terusku online dan kuGoogle tentang apakah itu Taubat Nasuha.



Taubat Nasuha adalah
=> bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi di masa mendatang.
(source->click here)

firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133,
"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

(source->click here)


Link

Nov 24, 2009

Sile K0men

Aku tidak tahu Kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar! Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...! Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama!

Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan. Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!
Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki....!
Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!
Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu.. aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!
Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kawan-kawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku! Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara! Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku!Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!
"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal! Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya! Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku. Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku.
Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku! Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya,janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah!Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...! Bermula dari hari itu. Aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!" Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...!Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya... kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam...Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini... Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...!
Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya... Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu...
Tahun pertama,dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran. Aku membalasnya dengan sehelai sejadah... Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"... Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana! Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah.... Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..!

"Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku... Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!" Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh... Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!-----------------

Islam Is The Way Of Life,Belilah Keredhaan Allah swt walaupun terpaksa menjual kebencian manusia....Mardhatillah in our life....


diSAAT AKU ISTIKHARAH..(by aye-ukhwah.com)

Sep 13, 2008


selamat berbuka puasa

Aug 28, 2008

Aug 11, 2008

Petua menCUCI HATI

"Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak saya, cuci hatiku, esok saya nak jadi baik, berjaya,

ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

CUBALAH!!



8) Berpuasa -

Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)



10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

...wallahua'lam...

"

Aug 10, 2008

~baKaL zAudj~



Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimanakah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?,
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makanan buat jiwa dan hatimu?

Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memiliki rijal yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.

Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akan dilihatNya.

Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan sunnah habibullah di teratak kita,

Wahai kekasih Allah,
Aku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luh mahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di kerajaan akhirat nanti,
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..

"

Jul 20, 2008

Tips-tips tuk SUCCESS in UR STUDY

1. PRAY and 'doa'
2. Recite Quran
3. Obey ALLAH s.w.t and parent
4. Usaha dan Tawakal
5. C0ncentrate 100% in class during lecturer
6. Manage time wisely
7. Think +ve
8. Confidence
9. Make a short notes,assignment & do early revision
10. Be sincere in getting knowledge

"Failure is the beginning of growth,Not the beginning of the end"